Tentang Kami

Siapa Kami

Formula Future Power Boat Club ialah kelab lumba bot laju yang berpangkalan di Temerloh, Pahang — ditubuhkan pada 2021 oleh pelumba, mekanik dan peminat sukan air Sungai Pahang.

Sejarah Kami

Dari Tebing Sungai ke Badan Sukan Berdaftar

Penubuhan

Kelab ini mula ditubuhkan pada 30 Oktober 2021 dengan keahlian seramai lebih 30 orang ahli berdaftar — individu dan peminat yang meminati sukan perlumbaan bot laju.

Pengiktirafan Rasmi

Bagi memajukan sukan air secara tersusun, sebuah organisasi yang sempurna diwujudkan dan didaftarkan dengan Pesuruhjaya Sukan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sebagai pertubuhan yang sah dengan nombor pendaftaran C-PHG-11278.

Hala Tuju

Objektif Kelab

01 · Sukan Secara Profesional

Menggalakkan dan membangunkan sukan dalam komuniti secara profesional, demi kemajuan sukan air khususnya perlumbaan bot laju.

02 · Aktiviti Sihat Bersama

Menjalankan aktiviti yang sihat bagi ahli-ahli, di samping menggalakkan dan mengekalkan hubungan baik sesama semua ahli.

03 · Perpaduan Tanpa Sempadan

Persatuan tidak memilih bangsa, agama mahupun fahaman politik — dengan niat dan usaha murni memupuk perpaduan antara kaum dan masyarakat sekeliling.

04 · Mewakili Negara

Menjadi badan sukan yang mampu menjadi pengelola dan mewakili negara dalam bidang sukan perlumbaan bot laju pada masa akan datang.

Barisan Penggerak

Struktur Organisasi Kelab

Badan Sukan Berdaftar

Formula Future Power Boat Club berdaftar secara rasmi sebagai badan sukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 sejak 30 Oktober 2021.

No. Pendaftaran: C-PHG-11278
Lot 620 Kg Raja, Songsang, 28000 Temerloh, Pahang

Perakuan Pendaftaran Formula Future Power Boat Club (Borang 3, Akta Pembangunan Sukan 1997)

Pengerusi

Muhammad Khalil
bin Abdul Wahab

Timbalan Pengerusi

Mohammad Amirul Azwan
bin Ghazali

Setiausaha

Mohammad Zainal Abidin
bin Abdul Wahab

Bendahari

Mohammad Saedi
bin Erwandi

Ahli Jawatankuasa (AJK)Nama
KeselamatanM. Amir Nasriq bin Razali
HadiahM. Zaqirul Naim bin Termizi
Audit Kira-kiraRosli bin Rasman
Lokasi AcaraMohammad Yusof Athasaqafi bin Abdul Wahab
Sistem AudioM. Sukri bin Nazri
Tugas-Tugas KhasMohd Nur Shazmiruddin bin Zaharuddin

Fasal 28 Perlembagaan Kelab

Panel Penasihat

Tokoh akademik dan pengamal industri maritim yang dilantik pada September 2026 bagi memperkukuh tadbir urus dan keupayaan teknikal kelab.

Penasihat Strategik

Prof. Ts. Dr. Mohamad Rosni bin Othman, FCILT

Jabatan Sains & Teknologi Maritim, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Hala tuju dan strategi pembangunan kelab, kerjasama dengan agensi kerajaan, institusi pendidikan dan industri, serta peluang penajaan dan pembiayaan.

Penasihat Teknikal

En. Mohd Azman bin Azmi

Bedar Maritim Global, Bandar Baru Bangi

Spesifikasi teknikal bot dan enjin, keselamatan operasi perlumbaan, peraturan pertandingan serta pemeriksaan teknikal.

Rekod Kami

Pencapaian & Pengalaman

17 acara dianjurkan, diuruskan atau disertai oleh kelab sejak 2022 — termasuk pelantikan rasmi sebagai pengurus acara oleh agensi kerajaan dan persatuan pelancongan. Gambar setiap acara di galeri.

2026
  • 23–25 Oktober · Dataran Perlancongan & Esplanade 1, TemerlohTemerloh Boat Festival 2026Akan datanginfo & pendaftaran
  • 1–2 Ogos · Mat Kilau Pine & Retreat, TemerlohMat Kilau Boat Challenge & Carnival 2026
  • 1 Februari · Esplanade Temerloh – Jeti Chenor, MaranKonvoi Bot Aspirasi Pahang 1st 2026Dirasmikan YAB Menteri Besar Pahang — perarakan bot menghilir Sungai Pahang, anjuran kelab.
2025
  • 10–11 Oktober · Tambatan Diraja, Kota BharuKelantan Boat Race 4.0
  • 16 Ogos · Esplanade TemerlohPertandingan Lumba Bot sempena Mini MAHA Pahang 2025Pengurus acara lantikan Jabatan Perikanan Negeri Pahang
  • 15–16 Februari · Sungai Belungkor, JohorBoat Race @ Tanjung Surat 2025 sempena Anjung Surat Fest
2024
  • 25–27 Oktober · Jeti Shahbandar, Sungai KuantanPesta Ombak Naga & Ultimate Speedboat Showdown 2024Pengurus acara speedboat lantikan MITDA
  • 11–12 Oktober · Tambatan Diraja, Kota BharuKelantan Boat Race 3.0
  • 31 Ogos · Kg. Peragap, PahangPertandingan Bot Laju sempena Hari Kemerdekaan 2024
  • 2–4 Ogos · Menara 188 Waterfront, KuantanRoyal Pahang F3000 Powerboat Championship — penganjur bersama
  • 17–18 Februari · Dataran Indera Pahlawan, ChenorKarnival Makmur 2024
  • 12 Februari · Esplanade TemerlohPerlumbaan Endurance Bot Laju 2024
2023
  • 25–26 Februari · Temerloh – PekanProgram Menghilir Temerloh ke Pekan 2023
2022
  • 7–8 Oktober · Tambatan Diraja, Kota BharuKelantan Boat Race 2022 sempena Hari Sukan Negara — jemputan rasmi MAYC Negeri Kelantan
  • 31 Ogos · Sungai Belungkor, JohorMerdeka Boat Race 2022
  • 20 Ogos · Eco Pelancongan Felcra Pogoh, SegamatPertandingan Speed Bot Terbuka & Pesta Sukaneka Rakyat sempena Bulan Kemerdekaan
  • 30 Julai · Sungai Pendas, JohorPerlumbaan Bot Pendas Laut 2022
  • 25 Jun · Esplanade TemerlohPerlumbaan Bot Laju Terbuka Temerloh 2022Penganjur, kerjasama JBSN Pahang